fb fb fb fb fb

Lagi serangan Israel ke atas kem pelarian, 70 maut malam tadi

FOTO AFP

GAZA, 25 Disember- Sekurang-kurangnya 70 lagi menjadi korban 'kegilaan' Israel ke atas penduduk di kem pelarian, lewat malam tadi.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan serangan udara itu memusnahkan rumah-rumah di kem Al-Maghazi yang terletak di tengah-tengah wilayah sini.

"Jumlah syuhada daripada pembunuhan beramai-ramai di Al-Maghazi telah meningkat kepada 70 orang setakat ini," jelas jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra.

Terdahulu, Qudra berkata, serangan zionis memusnahkan sebuah blok kediaman dan angka korban dijangka meningkat susulan terdapat bilangan keluarga yang besar mendiami blok terbabit.

Dalam kejadian berasingan, kementerian itu melaporkan seramai 10 sekeluarga terbunuh dalam serangan Israel ke atas rumah mereka di kem Jabalia, utara sini. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA