fb fb fb fb fb

Iran pasang kamera kenal pasti, wanita tidak bertudung

(Wanita Iran di pasar bunga, menjelang Tahun Baru Iran,
di Tehran pada 16 Mac 2023/REUTERS)

TEHRAN, 9 April- Pihak berkuasa Iran memasang kamera di tempat awam dan jalan raya untuk mengenal pasti dan menghukum wanita yang tidak bertudung.

Polis dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu dalam usaha mengekang peningkatan jumlah wanita yang melanggar kod pemakaian wajib itu di negara itu.

"Selepas mereka dikenal pasti, pelanggar akan menerima "mesej teks amaran tentang akibatnya", kata polis", menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tindakan itu bertujuan untuk mencegah penentangan terhadap undang-undang hijab, yang disiarkan oleh agensi berita Mizan.


(Wanita Iran membeli belah di Tajrish Bazaar, di Tehran/REUTERS)

"Penentangan itu mencemarkan imej rohani Iran dan menyebarkan rasa tidak selamat.

Semakin ramai wanita Iran telah menanggalkan tudung mereka sejak kematian seorang wanita Kurdish berusia 22 tahun semasa dalam tahanan polis moral September lalu.

Mahsa Amini telah ditahan kerana didakwa melanggar peraturan hijab.

Walaupun berisiko ditangkap kerana melanggar kod berpakaian wajib, terdapat wanita di Iran masih dilihat di pusat membeli-belah, restoran, kedai dan jalanan di seluruh negara

Video wanita tidak bertudung menentang polis moral telah membanjiri media sosial.-REUTERS

Media Baharu