KARYSTOS, 28 Mei- Kementerian Luar Iran memanggil perwakilan Greek di Tehran sebagai membantah tindakan merampas kapal minyak negaranya.
Tindakan rampasan itu dianggap sebagai perbuatan penyamun antarabangsa.
Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim (PMO) Iran dalam kenyataan sebelum ini berkata, rampasan itu disifatkan sebagai tindakan lanun dan melanggar peraturan antarabangsa.
PMO menuduh pihak berkuasa Greek menghalang kapal Iran daripada berlayar sebelum merampas muatan kargo.
Media tempatan melaporkan kapal berkenaan didakwa dirampas hampir tujuh minggu lalu di Greek.
(Kapal tangki minyak berbendera Liberia Ice Energy memindahkan minyak mentah dari kapal tangki minyak
berbendera Iran Lana, di luar pantai Karystos, di Pulau Evia, Greek / Foto REUTERS)
Tindakan dibuat atas arahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) selepas menganggap kapal itu mempunyai kaitan dengan sekatan ke atas aset Rusia.
Terdapat juga laporan mengatakan kapal berkenaan ditahan kerana masalah mekanikal dan terbabit penyeludupan minyak.- REUTERS