BEIJING 28 Mei- Korea Utara dilapor menambah pelitup muka dan vaksin dari China, beberapa bulan sebelum melaporkan secara rasmi kes pertama COVID-19.
Menurut data perdagangan yang dikeluarkan Beijing, sebelum pengumuman itu, Korea Utara telah mula menyimpan stok.
Data menunjukkan Korea Utara tiba-tiba mengimport berjuta-juta pelitup muka, 1,000 ventilator, dan vaksin dari China, beberapa bulan sebelum ia mengakui wabak COVID-19 rasmi pertamanya.
Namun tidak diketahui sama ada Korea Utara telah menjalankan sebarang kempen vaksin COVID-19.
(Foto fail REUTERS)
Dari Januari hingga April, China mengeksport vaksin tidak dikenal pasti, pelitup muka, termometer serta bekalan makmal yang boleh digunakan dalam kit ujian COVID-19 kepada jirannya itu.
Korea Utara menutup sempadannya untuk hampir semua perdagangan sepanjang pandemik, dan hanya baru-baru ini membenarkan aliran bekalan serta produk ke negara itu dengan kereta api dan kapal dari China. - REUTERS