fb fb fb fb fb

Iran nafi tuduhan konspirasi pembunuhan Trump

Foto AFP

TEHRAN, 10 November- Dakwaan Amerika Syarikat (AS) mengenai konspirasi oleh Tehran untuk membunuh Presiden, Donald Trump, adalah tidak berasas sama sekali.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei.

"Kementerian Luar menolak tuduhan bahawa Iran terlibat dalam percubaan pembunuhan yang menyasarkan pegawai AS, sama ada yang lalu atau sekarang," katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas pendakwa raya AS mengumumkan pertuduhan berkaitan konspirasi tersebut. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM