fb fb fb fb fb

China menentang undang-undang maritim baharu Filipina

Foto REUTERS

BEIJING, 10 November- China dengan tegas menentang Akta Zon Maritim Filipina, yang dikatakan melanggar kedaulatan wilayah dan hak maritim negara tembok besar itu di Laut China Selatan, kata Kementerian Luar China pada Ahad dalam satu kenyataan.

Perkara itu berikutan China mengeluarkan kenyataan mengenai garis dasar "perairan wilayah" di sekitar Scarborough Shoal yang dipertikaikan.

China mendakwa kawasan itu sebagai wilayahnya.

Menurut Kementerian Luar China, negara tembok besar itu akan terus mengambil semua langkah undang-undang diperlukan untuk melindungi kedaulatan dan hak maritimnya.

Scarborough Shoal dikenali sebagai Pulau Huangyan di China. Ia merupakan lokasi pertikaian mengenai kedaulatan dan hak untuk menangkap hasil laut.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI