fb fb fb fb fb

Iran lancar tiga satelit secara serentak

FOTO AFP

DUBAI, 28 Januari- Iran melancarkan tiga satelit secara serentak buat pertama kalinya hari ini menggunakan roket pembawa satelit Simorgh (Phoenix) yang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan, lapor media kerajaan.

Satu satelit seberat 32kg dan dua satelit nano kurang daripada 10kg setiap satu dihantar ke orbit minimum 450km, dengan dua peranti yang lebih kecil bertujuan untuk menguji teknologi komunikasi jalur sempit dan geoposisi, kata laporan itu.

Satelit yang paling besar, bernama "Mahda" dan dibina oleh Agensi Angkasa Iran, bertujuan untuk menguji ketepatan roket Simorgh dalam menghantar beberapa kargo ke angkasa.

Iran melancarkan satelit Sorayya miliknya ke orbit bulan ini dengan roket yang dibina oleh tentera elit Pengawal Revolusi telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kuasa Eropah bahawa teknologi kenderaan angkasa lepas uang dilancar boleh digunakan untuk pembangunan sistem peluru berpandu balistik jarak jauh.

Iran semalam menolak kecaman negara-negara Eropah terhadap pelancaran satelit Sorayya dengan berkata kemajuan teknologi aman dalam bidang aeroangkasa adalah hak sah negara itu- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI