fb fb fb fb fb

Penyokong Marcos Jr, Duterte adakan demonstrasi di Filipina

Seorang aktivis Filipina melemparkan cat pada foto Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. ; Presiden AS, Joe Biden, dan Naib Presiden Filipina, Sara Duterte. / REUTERS

MANILA, 28 Januari- Penyokong dua bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Rodrigo Duterte masing-masing mengadakan perhimpunan saingan hari ini ketika saingan mengenai Perlembagaan negara, memperlihatkan perpecahan semakin mendalam antara dua keluarga berkuasa itu.

Anak perempuan Duterte, Sara mendakwa 'pasukan Unity' mengalami perpecahan selepas hampir dua tahun Marcos dikalahkan melalui sokongan naib presidennya.

Hubungan dua keluarga itu merosot apabila mereka berusaha untuk menguatkan sokongan masing-masing dan memastikan kedudukan menjelang pilihan raya separuh penggal tahun depan dan perlumbaan presiden pada 2028.

Perkembangan terkini menyaksikan Marcos menyokong kempen meminda Perlembagaan 1987, diperkenalkan selepas bapanya digulingkan bagi membolehkan lebih banyak pelaburan asing masuk.

Pengkritik memberi amaran bahawa usaha itu boleh membuka jalan bagi Marcos untuk mendapatkan tempoh enam tahun lagi, iaitu sesuatu yang kini dilarang.

Ia sekali gus berpotensi menjadikan Marcos sebagai pesaing kepada Sara.

Duterte dalam temu bual baru-baru ini berkata, Perlembagaan sedia ada masih baik, justeru mengapa perlu menyusahkan diri semata-mata untuk kekal berkuasa.

Sementara itu, Marcos pula berkata, peruntukan mengenai politik dalam perlembagaan, termasuk had tempoh bagi pegawai awam, sepatutnya ditangani kemudian.

Marcos hari ini, dijadual melancarkan kempen 'Bagong Pilipinas' (Filipina Baharu) di Manila 'untuk membawa negara ke arah perubahan dan pembangunan".

Manakala Duterte pula dijangka menghadiri perhimpunan berasingan di Davao yang juga kubu kuatnya di selatan, dianjurkan pihak menentang pindaan perlembagaan.

Parti politik berhaluan kiri Akbayan menyifatkan perhimpunan itu sebagai "perang dinasti dalam kalangan elit pemerintah elit yang tidak melayani kepentingan rakyat biasa.

Kedua-dua acara itu dijangka menarik puluhan ribu penyokong.

"Ini akan menjadi cara yang paling umum dan disengajakan untuk memberitahu orang ramai bahawa Pasukan Perpaduan sudah tiada lagi," kata profesor sains politik Universiti Filipina, Jean Franco.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI