fb fb fb fb fb

Iran diberi amaran elak konflik selepas rundingan nuklear gagal

Foto fail/REUTERS

PARIS, 28 September -Perancis, Britain dan Jerman pada Ahad mengeluarkan amaran kepada Iran supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan konflik, selepas sekatan ketat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Tehran kembali berkuat kuasa.

Amaran itu dikeluarkan susulan kegagalan rundingan nuklear pada saat akhir.

Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar ketiga-tiga negara Eropah tersebut, yang dikenali sebagai kumpulan E3 menegaskan bahawa penguatkuasaan semula sekatan PBB bukanlah penamat kepada usaha diplomasi.

Mereka turut menyeru Iran agar "menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan dan segera kembali mematuhi tanggungjawab undang-undang yang berkaitan jaminan keselamatan nuklear." - AFP

TETITIA YUSOFF