MILAN, 28 September - Masa depan salah sebuah stadium terkemuka dunia, San Siro bakal ditentukan esok sama ada dikekalkan atau dijual.
Buat masa ini dua pasukan bola sepak iaitu Inter Milan dan AC Milan sedang menunggu keputusan undian Ahli Majlis Milan yang dijadual pada Isnin.
Undian akan dibuat sama ada akan mengekalkan Stadium San Siro yang dibina sejak tahun 1926 atau menjual kepada salah satu pasukan untuk pembinaan stadium baharu dengan kapasiti 71,500 tempat duduk.
Mengikut perancangan, sebaik stadium baharu selesai dibina, San Siro akan dirobohkan untuk pembinaan taman, ruang pejabat dan kemudahan lain di bandar Milan.
Projek berkenaan telah dirancang sejak Mac 2023, namun ia ditangguhkan berikutan pelbagai masalah dan kerenah birokrasi.