TEHRAN, 13 November - Iran menganjurkan pameran peluru berpandu di Tehran pada Rabu bagi menandakan minggu aeroangkasa negara itu.
Rakaman menunjukkan peluru berpandu, dron dan peralatan ketenteraan lain dipamerkan di Muzium Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.
Menurut Jeneral Balali, yang mengetuai pameran tersebut, Iran kini menghasilkan peluru berpandu tempatan yang dipamerkan di acara itu.
“Kami mula menghasilkan peluru berpandu yang anda lihat di sini.
"Kami mereka bentuk, mengeluarkan dan menggunakan peluru berpandu yang penting dalam semua aspek peperangan darat ke darat,” katanya di sini. -REUTERS