fb fb fb fb fb

Interpol keluar 'notis merah' kepada dua warga Kanada

FOTO BANGKOK POST

BANGKOK, 16 Februari - Interpol mengeluarkan dua waran tangkap 'notis merah' kepada sepasang warga Kanada disyaki ada hubung kait dengan kes bunuh samseng India di Phuket, Thailand.

Jimi 'Slice' Sandhu ditembak mati pada 5 Februari lalu selepas menaiki jet peribadi dari Malaysia bulan lepas.

Susulan siasatan polis Thailand, Interpol kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Matthew Leandre Ovide Dupre dan Gene Karl Lahrkamp, ​​masing-masing 36 tahun berkaitan pembunuhan Sandhu.

"Saya rasa kes ini unik. Ia bukan sekadar jenayah bunuh dan lari, sebaliknya mereka sendiri mendalanginya dengan sokongan seseorang berpangkalan di Kanada dan Thailand," kata komander bahagian hal ehwal luar Polis Diraja Thai, Khemmarin Hassiri.

Beliau berkata, siasatan ke atas kematian lelaki berusia 32 itu masih diteruskan.

"Polis juga sedang mengumpul bukti biologi dan peluru selain menyiasat bagaimana lelaki bersenjata itu memperoleh senjata," katanya.-AFP

Media Baharu