fb fb fb fb fb

Insiden tembakan terancang di North Carolina, ragut tiga nyawa

Foto Reuters

NORTH CAROLINA, 29 September- Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah restoran tepi jeti di Southport, North Carolina, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai serangan terancang pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Oak Island, Charlie Morris, pihaknya mengenal pasti suspek sebagai Nigel Edge, seorang penduduk tempatan selain suspek turut dikenali pihak berkuasa.

“Dia kerap berada di jeti kami. Malah pekerja kami mengenalinya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia telah memfailkan banyak saman terhadap bandar dan jabatan polis,” kata Morris.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, di restoran dan bar American Fish Company yang terletak di sepanjang Intracoastal Waterway.

Menurut polis, suspek melepaskan tembakan dari atas sebuah bot yang berlabuh berhampiran restoran tersebut.

Terdahulu, Edge pernah memperkenalkan dirinya sebagai veteran perang dengan masalah PTSD.

Dia sebelum ini dikenali sebagai Sean DeBevoise namun menukar namanya kepada Nigel Edge pada tahun 2023. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM