fb fb fb fb fb

Insiden gelora udara ekstrim: SIA tawarkan pampasan kepada mangsa

Foto REUTERS

SINGAPURA, 11 Jun- Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) telah menawarkan ganti rugi kepada penumpang yang terlibat dalam insiden gelora udara ekstrim bulan lepas, kata jurucakap syarikat tersebut pada Selasa.

"Kepada penumpang yang mengalami kecederaan ringan, pihak kami menawarkan SGD10,000 dalam bentuk pampasan.

"Manakala kepada penumpang yang mengalami kecederaan serius, pihak SIA telah mengajak mereka untuk berbincang berkaitan tawaran pampasan", kata jurucakap SIA.

Pada Mei lepas, sebuah pesawat penerbangan SIA, Boeing 777-300ER dalam penerbangan dari London ke Singapura dilaporkan mengalami gelora udara ekstrem menyebabkan salah seorang penumpang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pesawat itu dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD