fb fb fb fb fb

Biden tarik balik larangan penggunaan senjata AS terhadap tentera Ukraine

Foto REUTERS

WASHINGTON, 11 Jun- Pihak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka menarik balik larangan penggunaan senjata negara tersebut terhadap tentera Ukraine, lapor Washington Post pada Isnin yang memetik sumber Pegawai Jabatan Negara.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS telah membatalkan larangan selama sedekad terhadap Briged Azov daripada latihan dan menggunakan senjata buatan AS selepas mendapati analisis baharu yang dilakukan mengesahkan tiada bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh unit itu lapor Washington Post.

"Selepas meneliti semakan bukti Briged Azov Pasukan Khas ke-12 Ukraine melepasi pemeriksaan Leahy yang dilakukan oleh Jabatan Negara A.S.,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan yang diperoleh oleh Washington Post.

Undang-undang Leahy merupakan akta yang menghalang bantuan ketenteraan AS kepada unit asing yang didapati melakukan pelanggaran hak asasi manusia.

Rejimen Azov merupakan sebahagian daripada Pengawal Kebangsaan Ukraine yang ditubuhkan pada 2014 dan berperang menentang pemisah yang disokong Rusia.

Rejimen berkenaan membentuk kawasan pemisah di timur Ukraine-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD