fb fb fb fb fb

PBB sokong cadangan Biden berkaitan gencatan senjata Hamas-Israel

Foto REUTERS

NEW YORK, 11 Jun- Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyokong cadangan digariskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berhubung gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Gaza dan menggesa kumpulan pejuang Plaestin berkenaan menerima perjanjian tersebut bagi mengakhiri peperangan yang telah berlangsung lapan bulan.

Kumpulan Hamas dilaporkan mengalu-alukan draf resolusi yang dirangka Amerika Syarikat (AS) itu dan dilaporkan bersedia bekerjasama dengan perunding bagi melaksanakan perancangan berkenaan secara asasnya selari dengan kehendak rakyat dan Israel kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rusia mengambil pendirian berkuali dalam pengundian PBB , manakala baki 14 ahli Majlis Keselamatan mengundi menyokong resolusi rancangan gencatan senjata tiga fasa yang dibentangkan oleh Biden pada 31 Mei lalu.

“Hari ini kami mengundi untuk keamanan,” kata Duta AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield kepada majlis selepas pengundian.

Resolusi itu mengalu-alukan cadangan gencatan senjata baharu dengan Israel dikatakan bersetuju menerimanya dan mengesa kedua-dua pihak untuk melaksanakan sepenuhnya kesemua syarat yang telah dipersetujui tanpa berlengah-lengah dan tanpa syarat."

Dalam pada itu, Algeria muncul sebagai wakil tunggal Negara-Negara Arab yang menyokong resolusi berkenaan.

Duta Algeria Ke PBB, Amar Bendjama berkata negara berkenaan percaya resolusi berkenaan merupakan langkah segera ke arah gencatan senjata yang berpanjangan.

"Resolusi tersebut menjanjikan harapan gemilang terhadap rakyat Palestin.

"Sudah tiba masanya untuk menghentikan pembunuhan", tambah Bendjama.

Resolusi berkenaan turut membincangkan cadangan gencatan senjata secara jelas dan menyatakan bahawa sekiranya rundingan mengambil masa lebih daripada enam minggu untuk fasa satu, gencatan senjata akan berlangsung selagi rundingan diteruskan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD