MANILA, 11 Jun- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata negara itu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman luar yang lebih ketara didorong ketegangan yang memuncak di Indo-Pasifik.
Lokasi Filipina yang hampir dengan Taiwan meletakkannya di kawasan kepentingan China, kata Marcos dalam ucapan kepada tentera di kem tentera di wilayah Isabela.
"Ancaman luar kini menjadi lebih ketara, menjadi lebih membimbangkan, dan itulah sebabnya kami perlu bersiap sedia," kata Marcos kepada tentera pada Isnin. Kenyataan beliau dikongsi oleh istana presiden pada Selasa.
Filipina mempunyai pertikaian wilayah dengan China, berikutan negara tembok besar itu menuntut hampir semua Laut China Selatan, saluran untuk lebih daripada $3 trilion dalam perdagangan kapal tahunan.
Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague membatalkan tuntutan China pada 2016 namun keputusan itu ditolak Beijing.- REUTERS