MUSCAT, 16 Julai- Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di ibu kota Oman, Muscat.
Menurut polis, kejadian berlaku pada Selasa, berdekatan dengan Wadi Kabeer.
“Polis Diraja Oman telah bertindak balas terhadap insiden tembakan yang berlaku di sekitar masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir,” kata polis dalam satu kenyataan yang turut memberi jumlah korban awal.
Hampir tujuh ratus individu terperangkap di dalam masjid berkenaan ketika penyerang dan pengawal keselamatan berbalas tembakan. -AFP