fb fb fb fb fb

Inisiatif Bijian Laut Hitam dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Perjanjian membenarkan eksport bijirin, bahan makanan dan baja dari pelabuhan yang ditetapkan Ukraine dilanjutkan.

Perkara berkenaan disahkan menerusi kenyataan Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Menurut kenyataan itu, PBB mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turkiye atas sokongan diplomatik dan operasinya untuk perjanjian tersebut, tetapi tidak menyatakan tempoh lanjutan itu.

Perjanjian yang dikenali sebagai Inisiatif Bijian Laut Hitam, telah ditandatangani pada 22 Julai 2022.

Perjanjian berkenaan dimeterai antara Rusia dan Ukraine secara berasingan di Istanbul dengan Turkiye dan PBB mengenai eksport bijirin dan baja dari Ukraine dan Rusia.

Ia bertujuan memastikan bekalan ke pasaran global di tengah-tengah konflik bersenjata Rusia-Ukraine.

(Foto fail)

Perjanjian itu yang pada mulanya berkuat kuasa selama 120 hari, telah dilanjutkan pada pertengahan November 2022 selama 120 hari lagi hingga 18 Mac.

Dalam dua penggal pertama inisiatif itu, kira-kira 25 juta tan metrik bijirin dan bahan makanan telah dieksport ke 45 negara, membantu menurunkan harga makanan global dan menstabilkan pasaran.-REUTERS

Media Baharu