fb fb fb fb fb

Inflasi di AS dijangka terus meningkat

WASHINGTON, 9 Jun- Rumah Putih menjangkakan inflasi di Amerika Syarikat masih meningkatkan meskipun pada Mei kenaikan harga dilaporkan kembali reda.

Ini menyaksikan kenaikan harga mendadak dalam tempoh empat dekat dengan peningkatan harga gas ekoran konflik Ukraine-Rusia, selain kekangan bekalan yang berterusan akibat pandemik COVID-19.

Jabatan Buruh AS dijangka akan mengeluarkan data harga bagi bulan Mei pada Jumaat nanti.

Sementara itu, pakar ekonomi menjangkakan kenaikan harga bulanan akan berlaku apabila CPI mencatatkan peningkatan 8.3 peratus berbanding tahun lepas.

(Foto fail/ AFP)

"Kami menjangkakan inflasi akan dinaikkan," kata Setiausaha Akhbar Karine Jean-Pierre di Air Force One.

Presiden AS, Joe Biden komited memerangi inflasi terutam bagi sektor domestik dengan beberapa pelan strateik untuk memberi kesan langsung kepada harga barang.

Rizab Persekutuan juga telah mula menaikkan kadar faedah secara agresif untuk mendepani tekanan inflasi bagi mengekalkan perkembangan ekonomi selain mengelekkan mengelakkan kemelesetan.

Jean-Pierre juga mengakui bahawa kesan perang di Ukraine mendorong kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan termasuklah tambang penerbangan. -AFP

Media Baharu