fb fb fb fb fb

Indonesia tawar bantuan kepada Myanmar, Thailand selepas gempa bumi

Bangunan yang runtuh selepas gempa bumi kuat melanda bahagian tengah Myanmar/ Reuters

JAKARTA, 29 Mac- Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengucapkan takziah kepada Myanmar dan Thailand selain menawarkan bantuan kepada kedua-dua negara itu selepas gempa bumi kuat mengorbankan lebih 150 individu.

"Doa kami bersama rakyat kedua-dua negara yang berdepan masa sukar ini.

"Indonesia bersedia untuk menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk usaha pemulihan di kawasan yang terjejas," menurut hantaran X pada Jumaat.

Gempa berukuran 7.7 magnitud melanda barat laut bandar Sagaing di tengah Myanmar pada Jumaat, dan diikuti beberapa minit kemudian dengan gempa susulan berukuran 6.4 magnitud.

Ketua Junta Min Aung Hlaing turut memaklumkan bahawa 144 individu terbunuh, dengan 732 disahkan cedera selain memerlukan bantuan antarabangsa

Lapan kematian telah disahkan setakat ini di Thailand, dengan jumlah kematian dijangka meningkat.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI