TOKYO, 29 Mac- Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyampaikan ucapan takziah kepada Myanmar dan Thailand selepas gempa bumi besar mengorbankan lebih 150 individu.
"Saya amat sedih apabila mengetahui kerosakan besar akibat gempa bumi di Myanmar. Saya mengucapkan takziah kepada semua penduduk terjejas.
"Saya mendoakan agar mereka yang terjejas serta pemulihan awal kawasan yang dilanda bencana segera dilaksanakan. Kami terus memberi semangat kepada rakyat Myanmar," menurut Ishiba dalam mesej yang dihantar pada Jumaat.
Sementara itu menerusi mesej berasingan kepada Thailand, beliau turut "berdukacita" dan menyampaikan "simpati kepada mereka penduduk terjejas. Kami senatiasa menyokonh Thailand."
Gempa berukuran 7.7 magnitud itu melanda barat laut bandar Sagaing di tengah Myanmar pada Jumaat, dan diikuti beberapa minit kemudian dengan gempa susulan dengan ukuran 6.4 magnitud.
Sementara itu Ketua Junta Myanmar Min Aung Hlaing melaporkan 144 individu terbunuh dengan 732 disahkan cedera. Dalam pada itu jumlah korban dijangka akan meningkat.
Setakat ini lapan kematian disahkan di Thailand, dan jumlah kematian dijangka meningkat.- AFP