(Presiden Indonesia Joko Widodo bercakap pada mesyuarat semasa
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP26) di Glasgow, Scotland, Britain, 2 November 2021/FOTO REUTERS)
JAKARTA, 19 Mei-Indonesia akan menarik balik larangan eksport minyak sawitnya mulai Isnin (23 Mei), berikutan peningkatan dalam keadaan bekalan minyak masak domestik, kata Presiden Joko Widodo hari ini.
Indonesia, pengeksport minyak sawit terkemuka dunia itu menyumbang kira-kira 60 peratus daripada bekalan di seluruh dunia,telah menghentikan penghantaran minyak sawit mentah (MSM) dan beberapa produk terbitan sejak 28 April lalu untuk cuba menjinakkan harga minyak masak domestik yang melambung tinggi.
Keputusan itu dibuat walaupun minyak masak pukal belum surut kepada harga sasaran 14,000 rupiah ($0.96) seliter, kerana kerajaan mempertimbangkan kebajikan 17 juta pekerja dalam industri minyak sawit, kata presiden dalam satu kenyataan video.
Indonesia mengemukakan larangan ke atas eksport minyak sayuran yang digunakan secara meluas sebagai cara mengawal harga dalam negeri, tetapi tekanan semakin meningkat untuk meredakannya apabila petani membantah bahawa tiada permintaan untuk buah sawit mereka.
(Larangan eksport minyak sawit ndonesia bermula pada 28 April 2022/FOTO AFP)
Larangan itu telah menganggu kestabilan pasaran minyak sayuran global yang sudah sedia berdepan pergelutan dan ketidakstabilan ditambah dengansituasi perang di Ukraine yang menganggu sebahagian besar bekalan minyak bunga matahari.
"Berdasarkan bekalan dan keadaan minyak masak dan memandangkan terdapat 17 juta orang dalam industri sawit; petani dan pekerja sokongan lain, saya memutuskan eksport minyak masak akan dibuka semula pada Isnin, 23 Mei.
"Kerajaan akan tetap memantau segala-galanya dengan ketat bagi memastikan permintaan akan dipenuhi dengan harga mampu milik," katanya pada taklimat dalam talian. -REUTERS