NUSA DUA, 1 April-Indonesia dan Rusia memeterai perjanjian kerjasama ekstradisi bagi membanteras jenayah rentas sempadan sekali gus memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Menteri Keadilan Rusia Konstantin Chuychenko hadir di Bali bagi menandatangani perjanjian itu dengan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia Yasonna H. Laoly.
Menurut Laoly, perjanjian itu akan memudahkan kerjasama kedua-dua negara dalam membanteras jenayah rentas sempadan seperti jenayah siber, pengubahan wang haram, dadah dan rasuah.
Perjanjian ekstradisi itu adalah yang pertama antara Indonesia dengan negara Eropah.
Sejak 2017, Indonesia telah menyampaikan empat permintaan ekstradisi kepada Rusia.
Indonesia menjalin hubungan diplomatik dengan Rusia sejak 1950 dan hubungannya kekal baik meskipun tercetusnya perang di Ukraine.
Presiden Indonesia Joko Widodo juga melakukan lawatan ke Moscow dan Kyiv pada tahun lalu dalam usaha untuk mengadakan semula rundingan damai dan mencari jalan bagi menyalurkan bekalan bijirin kepada pasaran sejagat.-VOAnews.com