fb fb fb fb fb

Enam krew hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea

(Pantai Teluk Guinea di Keta, Ghana pada 8 Ogos 2022/ REUTERS)

DOUALA (Cameroon), 1 April- Sebuah kapal Denmark yang diserang lanun di Teluk Guinea telah ditemukan semula, menurut Tentera Laut Perancis dan pemilik kapal itu pada Jumaat.

Agensi Anadolu melaporkan, kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Menurut penyelamat, tiga krew didapati cedera ringan.

"Enam anak kapal telah diculik oleh lanun," menurut kenyataan pihak penyelamat tanpa mendedahkan jumlah sebenar anak kapal yang ditemukan.

Kapal tangki minyak dan kimia yang membawa bersama 16 anak kapal itu diserang lima individu bersenjata pada Sabtu ketika berada di 225 kilometer (140 batu) ke barat Port Pointe-Noire di Republik Congo, kata pemilik kapal berkenaan.

Syarikat Monjasa berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kapal itu akan kembali ke destinasi asal dengan selamat.

Teluk Guinea, laluan maritim antara Senegal dan Angola sudah sekian lama menjadi lokasi kegiatan lanun.  -BERNAMA


(FOTO FAIL)

Media Baharu