fb fb fb fb fb

Indonesia larang kemasukan pengembara dari luar negara melalui lapangan terbang Jakarta

JAKARTA, 8 Februari - Indonesia melarang kemasukan pelancong ke negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa Jakarta.

Peraturan baharu itu terpakai kepada pelancong asing dan rakyat Indonesia yang melancong ke luar negara untuk bercuti.

Menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia, langkah itu bertujuan memperlahankan lonjakan jangkitan varian Omicron.

Indonesia menyaksikan peningkatan kes dengan lebih 36 ribu jangkitan direkodkan kelmarin.

Kadar penggunaan katil di hospital di Jakarta sudah mencecah 63 peratus.

Langkah menghalang pengembara ke Jakarta dibuat beberapa hari selepas Bali mengalu-alukan penerbangan antarabangsa ke pulau itu.

Pelancong yang terbang dari luar negara masih boleh tiba di lapangan terbang Bali, Batam dan Tanjung Pinang di Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Polis juga menguatkuasakan perintah berkurung di pusat bandar Jakarta sejak tengah malam hingga 4 pagi ekoran jangkitan yang terus meningkat.

Pihak berkuasa memberi amaran lonjakan kes yang didorong varian Omicron, mungkin tidak memuncak sehingga akhir Februari.

Khamis lalu, pulau peranginan Bali mengalu-alukan penerbangan dari Tokyo dengan membawa enam warga asing.

Bali secara rasmi dibuka kepada pelawat asing dari 19 negara pada Oktober lalu.

Media Baharu