fb fb fb fb fb

Australia buka sempadan kepada pelancong 21 Februari ini

SYDNEY, 8 Februari - Australia akan membuka semula pintu sempadan kepada pelancong bermula 21 Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Scott Morrison, sekali gus mengakhiri sekatan pandemik COVID-19 yang disifatkan paling ketat di dunia.

"Sudah hampir dua tahun sejak kami mengambil keputusan untuk menutup sempadan ke Australia," katanya.

Morrison menjelaskan, hanya pelancong yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 dibenarkan memasuki negara ini. Pintu sempadan Australia ditutup pada Mac 2020 bagi mengawal penularan COVID-19.

Sepanjang tempoh itu juga, penduduk Australia tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara kecuali untuk urusan penting. Peraturan tersebut menyaksikan banyak keluarga terpisah dan menjejaskan sektor pelancongan di negara itu.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekatan dilonggarkan secara berperingkat untuk rakyat Australia serta pelajar. Keputusan terkini akan menyaksikan hampir semua sekatan yang ada akan ditarik balik.

Hanya segelintir negara yang masih ditutup kepada pelancong antaranya Jepun, China, New Zealand dan beberapa negara di kepulauan Pasifik.

Biarpun sekatan ditarik balik, perjalanan dalam Australia masih dihadkan dengan wilayah Australia Barat yang kekal ditutup kepada bukan pemastautin.

Media Baharu