fb fb fb fb fb

COVID-19: Penduduk Hong Kong serbu pasar raya

FOTO REUTERS

HONG KONG, 8 Februari - Penduduk Hong Kong memenuhi pasar raya dan pasar segar untuk mendapatkan stok keperluan harian selepas jangkitan COVID-19 di bandaraya itu semakin meningkat.

Hong Kong merekodkan 614 kes baharu COVID-19, situasi semakin buruk di sebalik strategi sifar COVID-19 di wilayah China itu.

Hong Kong mengimport 90% bekalan makanan dengan China adalah sumber terpentingnya, terutama makanan segar.

Pengguna melihat kekurangan beberapa barangan import termasuk makanan laut disebabkan sekatan yang ketat.

Kerajaan cuba meredakan kebimbangan terutama selepas beberapa pemandu trak rentas sempadan disahkan positif COVID-19.

Namun, secara keseluruhan bekalan makanan segar kekal stabil namun terdapat kekurangan bekalan sayur-sayuran di pasaran .

Di pasar makanan segar di Tin Shui Wai, di utara bandaraya itu, peniaga memberitahu dijangka tiada sayur-sayuran dalam beberapa hari akan datang.

Rak menyimpan stok di beberapa pasar raya di seluruh negara itu semakin berkurang.

Pelanggan menyimpan stok selepas bimbang produk akan sukar diperoleh beberapa hari akan datang.

Media Baharu