FOTO REUTERS
WASHINGTON, 8 Februari - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan untuk tidak mengembara ke enam negara berikutan kes COVID-19.
Ini termasuk Jepun, Cuba, Libya, Armenia, Oman dan Republik Demokratik Congo.
Terdahulu, CDC telah menyenaraikan lebih 130 negara dan wilayah kepada tahap empat iaitu paling tinggi kes COVID-19.
Manakala lebih 50 negara dikategorikan tahap 3, yang tidak menggalakkan perjalanan yang tidak penting oleh rakyat Amerika yang tidak divaksin.-REUTERS