JAKARTA, 6 Julai- Agensi imigresen Indonesia, Direktorat Jenderal Imigrasi menghantar pulang 13 warga Taiwan yang disyaki melakukan jenayah serius.
Ketua Pengarahnya, Silmy Karim menerusi satu kenyataan memaklumkan, 13 warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam jenayah siber, pengubahan wang haram dan pengedaran dadah telah dihantar pulang pada petang Khamis.
"Selepas pemeriksaan rapi oleh pegawai imigresen, tiga belas warga asing itu ternyata menjadi pelaku jenayah berat di Taiwan. Mereka akan menjalani proses pro-keadilan di Taiwan," kata Silmy Karim dalam kenyataan itu.
Bulan lalu, agensi imigresen menahan 103 pemegang pasport Taiwan, tangkapan terbesar tahun ini, kerana disyaki menjalankan operasi jenayah siber keluar dari pulau Bali.
Bagaimanapun, Taiwan dalam maklum balasnya menyatakan hanya 14 orang rakyatnya terlibat.
Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei di Jakarta bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk mengulas perkembangan terbaharu itu.-AFP