fb fb fb fb fb

India kerah veteran tentera kawal infrastruktur di Kashmir

Foto AFP

SRINAGAR, 18 Mei – Kerajaan India dilaporkan akan mengerahkan semula veteran tentera sebagai pengawal keselamatan di Kashmir yang ditadbir India.

Menurut kenyataan rasmi, kerajaan Jammu dan Kashmir telah meluluskan cadangan bagi menempatkan 4,000 bekas anggota tentera sebagai sukarelawan bukan tempur bagi menjaga infrastruktur penting di wilayah tersebut.

Mereka akan menjalankan tugas sebagai pengawal statik, dengan fokus pencegahan dengan kerjasama masyarakat tempatan, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan respons keselamatan tempatan.

Langkah ini diambil hanya seminggu selepas serangan oleh lelaki bersenjata ke atas pelancong yang mencetuskan konflik India-Pakistan yang dituduh oleh New Delhi mendapat sokongan Islamabad. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN