fb fb fb fb fb

India dilanda gelombang haba

(FOTO AFP)

NEW DELHI, 18 Mei - Delhi merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah apabila mencatat bacaan 49 darjah Celsius pada Isnin.

Fenomena itu berlaku susulan gelombang haba disebabkan perubahan iklim di sebahagian besar wilayah utara dan tengah India.

Suhu tertinggi pernah direkodkan di Delhi ialah 45.6 darjah Celcius pada 29 April 1941.

(FOTO AFP)

Sehubungan itu Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak keluar rumah jika tiada keperluan penting selain menggesa mereka agar minum lebih banyak air.

Pakar kesihatan berkata kemasukan ke hospital meningkat 20 peratus dengan ramai daripada mereka dalam keadaan teruk.

Setakat ini, kira-kira 30 kematian dilapor akibat gelombang haba di India.

India mengalami beberapa siri gelombang panas rekod tahun ini dikaitkan dengan perubahan iklim.-AFP

Media Baharu