fb fb fb fb fb

India bergantung kepada minyak sawit Malaysia selepas indonesia kekal larangan import

NEW DELHI, 14 Mei - India kini lebih bergantung kepada import minyak sawit Malaysia, selepas Indonesia mengekalkan larangan eksport minyak sawit bagi memenuhi permintaan domestiknya.

Menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang berpangkalan di Mumbai, antara November dan April, import minyak sawit India dari Malaysia ialah 1.78 juta tan metrik, diikuti 1.15 juta tan metrik dari Indonesia.

(GAMBAR FAIL)

"Masalah menjadi lebih serius bagi India, pengimport minyak masak terbesar dunia, akibat konflik Ukraine-Rusia yang mengganggu bekalan minyak bunga matahari.

"India mencuba mendapatkan bekalan minyak masak lain namun permintaan minyak bunga matahari di negara itu merosot berikutan harga global yang tinggi dan bekalan berkurangan akibat konflik Rusia-Ukraine," menurut SEA.

Jumlah import minyak makan India turun 14.4 peratus kepada 900,085 tan metrik pada April berbanding Mac.

Import minyak sawit April ialah 572,508 tan metrik, membentuk 64 peratus daripada keseluruhan pembelian minyak masak sayuran.

Import minyak sawit India dari Malaysia bulan lepas berjumlah 313,859 tan metrik, merangkumi 277,024 tan metrik minyak sawit mentah (MSM), 28,835 tan metrik RBD palmolein dan 8,000 tan metrik minyak isirong sawit mentah (CPKO).

Media Baharu