fb fb fb fb fb

Jen Psaki tamatkan tugas sebagai setiausaha akhbar White House

(Karine Jean-Pierre dilantik setiausaha akhbar baharu White House)

WASHINGTON, 14 Mei- Jen Psaki menamatkan tugasnya sebagai setiausaha akhbar White House pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden dan isterinya. Mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas ini sepanjang 15 bulan lalu," kata Psaki semasa taklimat terakhirnya di White House.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada pasukan media White House, serta kepada pemberita di Bilik Taklimat Media James S. Brady.


(Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki dipeluk oleh Timbalan Ketua Setiausaha Akhbar
selepas Psaki mengumukan akan melepaskan jawatannya minggu depan dan digantikan oleh Jean-Pierre/FOTO AFP)


Taklimat di White House itu adalah yang ke-224 oleh Psaki sepanjang tempoh perkhidmatannya bermula pada hari Joe Biden mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2021.

Karine Jean-Pierre dilantik setiausaha akhbar baharu White House, menjadi orang Afrika-Amerika pertama memegang jawatan itu.-BERNAMA

Media Baharu