fb fb fb fb fb

IMF lulus AS$105 juta bantuan kecemasan kepada Haiti

WASHINGTON, 24 Januari- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan bantuan kecemasan sebanyak AS$105 juta untuk Haiti, yang telah lama terperangkap dalam krisis kemanusiaan yang telah diburukkan lagi oleh inflasi global baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Urusan IMF, Antoinette Sayeh berkata, dana itu sepatutnya membolehkan negara Caribbean itu menampung perbelanjaan mereka yang paling terjejas melalui program pemberian makanan dan pemindahan wang tunai serta barangan
,
"Wang itu dikeluarkan melalui "Food Shock Windiow' iaitu bantuan makanan kecemasan oleh IMFyang dibuka pada akhir September lalu untuk tempoh satu tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, langkah itu digunakan untuk menyediakan akses pantas kepada dana kecemasan kepada negeri-negeri yang menghadapi masalah kekukrangan bekalan makanan, terutamanya sekiranya berlaku kejutan yang tidak dijangka dalam import bijirin atau kenaikan harga secara mendadak.


(Antoinette Sayeh/REUTERS)

“Dengan lebih separuh penduduk sudah berada di bawah paras kemiskinan, Haiti menghadapi krisis kemanusiaan yang teruk,” kata IMF, sambil menyatakan bahawa negara Caribbean itu juga menghadapi krisis kesihatan”dalam bentuk wabak kolera.

"Haiti sedang menghadapi krisis kemanusiaan dan terjejas teruk oleh ancaman ekonomi daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine," kata Sayeh. -AFP

Media Baharu