NEW HAMPSHIRE, 24 Julai- Seekor ikan paus seakan 'naik minyak' apabila bertindak menghempapkan tubuhnya ke atas sebuah bot hingga terbalik di perairan Portsmouth di sini, Amerika Syarikat, Selasa lepas.
Dalam kejadian itu, dua orang lelaki yang berada atas bot terbabit terjatuh ke dalam laut.
Mereka bernasib baik apabila sempat diselamatkan oleh dua beradik, Colin dan Wyatt Yager yang sedang memancing atas bot berhampiran tempat kejadian.
Kejadian berkenaan juga berjaya dirakam oleh Colin Yager.
Paus itu kelihatan tidak cedera dalam insiden terbabit dan bot tersebut juga berjaya diselamatkan, menurut pengawal pantai.
Dalam pada itu, penyelidik Makmal Marin Shoals Universiti New Hampshire Shoals, Sara Morris dipetik media tempatan sebagai berkata, paus terbabit kemungkinan besar sedang mencari makanan ketika "bersentuhan" dengan bot berkenaan. -Reuters