fb fb fb fb fb

ICC benar siasatan kempen perangi dadah Filipina dibuka semula

(Gambar yang diambil pada 3 Oktober 2017, menunjukkan Nanette Castillo
bersedih di sebelah mayat anaknya Aldrin, pengguna dadah yang dikatakan
dibunuh oleh penyerang tidak dikenali, di Manila/Foto AFP)

THE HAGUE, 27 Januari- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membenarkan siasatan dibuka semula ke atas kempen perangi dadah oleh bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang mengorbankan ribuan nyawa.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, ICC memaklumkan, dalam sesi pendengaran, pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan Manila telah menjalankan siasatan sehingga memaksa siasatan ICC, ditangguhkan.

Pelbagai inisiatif dan prosiding dalaman yang dijalankan, tidak melibatkan penyiasatan yang menyeluruh, konkrit dan progresif.

Terdahulu, Pendakwa Raya ICC, Karim Khan memohon siasatan yang dijalankan ICC tahun lalu, dibuka semula.

Beliau mendakwa Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Ferdinand Marcos, tidak mengemukakan bukti, ia menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Pelbagai inisiatif dan prosiding domestik yang dinilai secara kolektif, tidak melibatkan langkah penyiasatan yang nyata, konkrit dan progresif," katanya.-AFP

(Gambar yang diambil pada 20 Julai 2017, menunjukkan penduduk lelaki
dikumpulkan untuk pengesahan selepas pegawai polis melakukan serbuan
antidadah berskala besar di sebuah komuniti setinggan di Manila/Foto AFP)

Media Baharu