fb fb fb fb fb

Banjir di Auckland, penduduk diarah berpindah

(Foto Reuters)

AUCKLAND, 27 Januari- Penduduk di Auckland, New Zealand diarah berpindah dari kediaman mereka, selepas hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa bahagian di bandar itu.

Rakaman stesen penyiar tempatan, TVNZ menunjukkan penduduk mengharungi air banjir setinggi paras dada, berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Pusat ramalan cuaca, MetService New Zealand turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan amaran hujan lebat berterusan.

Dalam pada itu, polis tempatan menggesa pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu, dengan beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku.-REUTERS

(Anggota bomba dilihat mengharungi air banjir menuju ke arah
penduduk yang terjejas di Auckland, New Zealand/Foto Reuters)

Media Baharu