fb fb fb fb fb

Ibu negara Thailand jerebu, cecah tahap bahaya

Matahari terbit di tengah-tengah paras pencemaran udara yang tinggi di Bangkok hari ini/AFP

BANGKOK, 15 Februari- Ibu negara Thailand, Bangkok merekodkan bacaan udara pada tahap tidak sihat hari ini dan penduduk digesa untuk bekerja dari rumah atas faktor kesihatan.

Semalam, Laman web penjejakan kualiti udara Switzerland, IQAir mencatatkan, paras zarah halus yang boleh disedut di bandar itu adalah 15 kali lebih tinggi daripada paras disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia sekali gus menjadikan Bangkok bandar kelapan paling tercemar di dunia.

Pencemaran udara berkenaan berpunca daripada gabungan pembakaran berkaitan tanaman, pencemaran perindustrian dan lalu lintas yang sesak.

Asap jerebu yang terhasil telah menutupi ruang langit Bangkok.

Penduduk terutama pemandu teksi motosikal mengadu mengalami kegatalan pada mata dan kesukaran bernafas. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA