fb fb fb fb fb

Ibaraki, Jepun dilanda gempa bumi

(Foto hiasan/AFP)

TOKYO, 23 September- Gempa bumi berukuran 4.5 skala Ritcher melanda bahagian Ibaraki, selatan Jepun.

Menurut pihak berkuasa, gempa turut menggegarkan bangunan di Tokyo. Setakat ini, tiada laporan awal mengenai kerosakan dan kecederaan.

Ibaraki terletak di wilayah Kanto di pulau utama Jepun iaitu Honshu yang turut merangkumi kawasan Tokyo.-REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu