fb fb fb fb fb

Huthi sahkan serangan peluru berpandu di Israel

Foto REUTERS

SANAA, 21 Disember- Kumpulan Huthi di Yaman mengesahkan serangan peluru berpandu di tengah Israel hari ini, selepas tentera Israel mengakui gagal memintas projektil yang mengenai Tel Aviv.

Huthi menerusi kenyataan menyatakan telah menyasarkan sasaran tentera musuh Israel di Tel Aviv menggunakan peluru berpandu balistik.

Pasukan penyelamat Israel sebelum ini melaporkan 16 orang cedera dalam serangan tersebut.

Kumpulan Huthi yang disokong Iran di Yaman telah beberapa kali melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu ke arah Israel.

Tindakan itu didakwa sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM