fb fb fb fb fb

Hunter Biden berdepan tuduhan penipuan cukai

Hunter Biden / Foto Reuters

LOS ANGELES, 11 Januari – Anak lelaki Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Hunter Biden akan dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan Los Angeles pada Khamis, di mana dia dijangka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cukai yang berpunca daripada urusan perniagaan yang turut mendorong siasatan pemecatan bapanya.

Hunter Biden, 53, didakwa secara jenayah kerana gagal membayar cukai AS$1.4 juta antara 2016 dan 2019 dengan membelanjakan berjuta-juta dolar untuk dadah, pengiring, kereta eksotik dan barangan bernilai tinggi yang lain.

Hunter berdepan hukuman penjara 17 tahun jika sabit kesalahan.

Peguam Biden, Abbe Lowell berkata Hunter telah membayar cukai sebelum ini namun dianiaya disebabkan nama keluarganya yang terkenal.

Hunter dijadual hadir di mahkamah pada pukul 1 tengah hari waktu Pasifik (2100 GMT).

Anak lelaki presiden itu tidak pernah memegang jawatan di White House atau terlibat dalam mana-mana kempen bapanya.

Dia juga pernah mengaku tidak bersalah dalam kes persekutuan yang berasingan di Delaware di mana dia didakwa berbohong mengenai penggunaan dadah haramnya apabila dia membeli pistol.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN