fb fb fb fb fb

Sembilan maut dihempap tembok runtuh di Republik Dominican

Pasukan penyelamat mencari mangsa terperangkap di bawah tembok runtuh/AFP

SANTO DOMINGO, 19 November- Sekurangnya-kurangnya sembilan orang maut akibat dihempap tembok runtuh ketika hujan lebat melanda sini di Republik Dominican, petang semalam.

Kementerian Kerja Raya melaporkan insiden terbabit melibatkan kira-kira tiga kenderaan yang melalui jalan 27 de Febrero Avenue.

Operasi mengeluarkan mayat giat dijalankan oleh pasukan penyelamat sehingga malam tadi.

Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda beberapa wilayah di pulau Caribbean dalam tempoh 24 jam lalu.

Pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga di 30 daripada 32 wilayah di negara itu. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA