fb fb fb fb fb

Hujan lebat, banjir kilat ancam bahagian tenggara Australia

Foto Reuters

(Seorang penduduk berenang di kolam batu semasa ombak besar menghampiri Pantai Coogee,
ketika hujan lebat menjejaskan Sydney, Australia, pada 6 Oktober 2022/REUTERS)

AUSTRALIA, 13 Oktober- Penduduk di tenggara Australia diberi amaran pada Rabu supaya mempersiapkan diri berikutan keadaan cuaca yang boleh membawa angin ribut dan hujan lebat dua hari akan datang.

Victoria dijangka paling teruk terjejas dengan pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan terpencil supaya mengumpulkan bekalan penting untuk sekurang-kurangnya tiga hari.


(Seorang pejalan kaki berjalan di sepanjang jalan dinaiki air ketika hujan lebat
menjejaskan Sydney, Australia, pada 6 Oktober 2022/Reuters)

Amaran itu susulan kebimbangan keadaan banjir yang boleh menjejas seluruh bandar tersebut.

Sebahagian besar wilayah Victoria dan utara Tasmanjuga sedang siap sedia menghadapi angin kencang dan hujan berpanjangan pada Khamis sehingga 120mm, iaitu sekitar dua kali ganda purata keseluruhan bulan.

Kelajuan angin boleh mencecah sehingga 100km sejam di bahagian tengah dan timur Victoria pada Khamis.

Sebilangan empangan dan sungai di Victoria telah mencapai paras maksimum disebabkan fenomena La Nina, yang biasanya dikaitkan dengan jumlah hujan yang meningkat.

Fenomena itu berlangsung selama tiga tahun berturut-turut dan dijangka berterusan sehingga tahun depan. -REUTERS

Media Baharu