fb fb fb fb fb

Tragedi pusat asuhan kanak-kanak, jasad mangsa selamat disemadikan

Foto AFP

THAILAND, 13 Oktober- Jasad mangsa korban, tragedi amuk di sebuah pusat asuhan kanak-kanak, di Thailand, selamat disemadikan.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan kuil, tempat upacara pembakaran dijalankan apabila ahli keluarga dan saudara mara memberi penghormatan terakhir selepas tempoh berkabung selama tiga hari.


(Foto AFP)

Sembilan belas daripada mangsa kanak-kanak itu disemadikan menerusi upacara pembakaran di kuil Rat Samakee, Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.

Upacara pembakaran yang dibiayai kerajaan, turut dihadiri Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan menteri Kabinet.

Khamis lepas, seorang anggota polis yang dipecat membunuh 36 individu termasuk 24 kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.

Suspek berusia 34 tahun itu membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas makan tengah hari, di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, pulang ke rumah, membunuh isteri dan anak lelaki sebelum maut menembak diri sendiri. - AFP

Media Baharu