fb fb fb fb fb

Hujan berterusan sebabkan bandar Avila tenggelam

Foto AFP

MADRID, 22 Mac-Hujan lebat selama beberapa minggu di seluruh Sepanyol mengakibatkan sebahagian bandar Ávila ditenggelami air pada Sabtu.

Imej televisyen menunjukkan beberapa kawasan kejiranan di Ávila, sebuah bandar yang terkenal dengan kubu pertahanannya dan terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu negara Sepanyol, serta kawasan pertanian sekitarnya, ditenggelami air akibat limpahan Sungai Adaja.

"Kami telah mengekalkan status kecemasan dan amaran di bandar Ávila," kata Datuk Bandar Jesús Manuel Sánchez Cabrera di televisyen merujuk kepada usaha mobilisasi pihak berkuasa.

Pihak berkuasa bimbang pencairan salji dari pergunungan sekitar akan memburukkan lagi keadaan, walaupun suhu rendah mungkin akan melambatkan kesannya.

Empat belas wilayah di negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga berdepan hujan, salji, angin kencang dan ombak besar pada Sabtu.

Badai Laurence, yang melanda selatan Sepanyol awal minggu ini, telah meragut tiga nyawa.

Hujan lebat yang melanda Sepanyol sejak awal Mac sekurang-kurangnya akan mengakhiri kemarau teruk yang dihadapi negara itu selama lebih tiga tahun, menurut agensi Meteorologi Sepanyol.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD