fb fb fb fb fb

Hubungan dibina China, Guyana meliputi semua aspek

GUYANA, 14 Januari- Hubungan yang dibina China dan Guyana meliputi semua aspek.

Ketika ditemu bual Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Presiden Guyana Irfaan Ali berkata hubungan Guyana dengan China itu menjurus kepada pertumbuhan dan pembangunan kedua-dua negara.

"Kami sentiasa menghargai keputusan untuk menyatukan kedua-dua negara melalui saluran diplomatik. Kami sentiasa berkongsi dan mempunyai banyak persamaan dalam membangunkan negara," katanya.

China adalah rakan pembangunan penting untuk Guyana.

Beliau mengatakan ketersediaan mengukuhkan hubungan bagi meningkatkan pembangunan kedua-dua negara.

Orang berketurunan Cina adalah antara enam kumpulan etnik di Guyana.

Presiden Guyana menegaskan bahawa masyarakat Cina tempatan memainkan peranan penting dalam pembangunan negaranya. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu