fb fb fb fb fb

Houthi ikrar teruskan serangan terhadap israel

Abdul-Malik al-Houthi mengecam serangan yang membunuh Perdana Menteri serta menteri kerajaan Houthi.

SANAA, 1 September - Pemimpin Kumpulan Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berikrar untuk meneruskan serangan terhadap israel selepas serangan udara ke atas Sanaa mengorbankan yang Perdana Menteri dan beberapa menteri kerajaan yang dikendalikan kumpulan itu.

Dalam ucapan disiarkan semalam, beliau menyifatkan semua yang terkorban sebagai “syuhada” yang berkhidmat dalam kapasiti awam, sambil mengecam serangan israel sebagai jenayah terhadap orang awam.

“Mangsa yang gugur jelas terdiri daripada pegawai kerajaan dan menteri awam. israel dengan kekejamannya turut mensasarkan kanak-kanak, wanita dan orang awam tidak bersenjata. Serangan terhadap menteri menambah rekod jenayahnya di rantau ini,” katanya.

Al-Houthi menegaskan kematian pemimpin itu tidak akan melemahkan perjuangan kumpulannya.

“Pengorbanan ini tidak akan membawa kepada kelemahan, sebaliknya meningkatkan keteguhan, ketabahan dan kesatuan kami. Pendekatan ketenteraan terhadap israel, sama ada dengan peluru berpandu, dron atau sekatan laut, akan diteruskan dan dipertingkatkan,” tegasnya.

Israel pada Jumaat lalu mendakwa serangan itu menyasarkan ketua staf, menteri pertahanan serta pegawai kanan Houthi dan kini sedang mengesahkan hasil operasi tersebut.

Menteri Pertahanan rejim israel, Israel Katz, menyifatkan serangan itu sebagai “tamparan hebat” ke atas kumpulan Houthi dan menegaskan ia “baru permulaan”.

TUN JULIA MOHD TAHIR