(Orang awam memakai pelitup muka berjalan melepasi pawagan tertutup di Hong Kong pada 16 Februari 2022/REUTERS)
HONG KONG, 14 April - Hong Kong mengesahkan akan melonggarkan beberapa sekatan COVID-19 paling ketat di dunia, dengan membenarkan salon kecantikan, pawagam dan gim kembali beroperasi mulai 21 April ini.
Langkah itu berikutan kes jangkitan yang kini semakin berkurangan, bawah 2,000 kes setiap hari.
Bandar ini dilanda gelombang kelima COVID-19 sejak awal tahun sehingga menjejaskan perniagaan dan menyebabkan lebih 8,600 kematian, kebanyakannya dalam dua bulan lalu.
Namun kes menurun beberapa hari kebelakangan ini.
(Pelanggan menjamu selera di sebuah restoran di Hong Kong ketika kerajaan mengumumkan pelonggaran sekatan ketat COVID-19 pada 21 April/AFP)
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam dalam taklimat akhbar berkata, bermula tarikh itu juga perhimpunan sehingga empat orang adalah dibenarkan.
Manakala, restoran boleh beroperasi hingga 10 malam.
Sesi persekolahan secara bersemuka juga dibenarkan mulai minggu depan.
Hanya bar, pantai dan tapak barbeku masih ditutup.-REUTERS