fb fb fb fb fb

Hong Kong keluar amaran cuaca “Hitam” susulan ribut Podul

Perkhidmatan pos Hong Kong digantung susulan hujan lebat berterusan. Foto- REUTERS

HONG KONG, 14 Ogos - Ribut tropika Podul membadai Hong Kong pada Khamis pagi, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat tertinggi “hitam” dan menangguhkan perbicaraan tokoh media serta aktivis prodemokrasi, Jimmy Lai, sehingga hujan reda.

Pihak berkuasa perubatan memaklumkan semua klinik pesakit luar di seluruh Hong Kong ditutup sehingga amaran tersebut ditarik balik, manakala perkhidmatan kecemasan dan rawatan rapi kekal beroperasi.

Perkhidmatan pos turut mengumumkan operasi digantung susulan hujan lebat berterusan.

Podul yang sebelum ini berstatus taufan, melemah menjadi ribut tropika selepas mendarat di Taiwan pada Rabu dengan kelajuan angin sehingga 191 kilometer sejam, mengakibatkan seorang hilang dan 143 cedera.

Sisa pusaran ribut itu dijangka terus membawa kesan buruk ke selatan China, yang masih terjejas akibat hujan paling lebat dalam tempoh beberapa dekad minggu lalu.-REUTERS

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN